SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2024

  1. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja;
  2. Penyertaan secara individu atau berkumpulan. Penyertaan boleh melebihi satu (1) sektor dengan menggunakan borang penyertaan yang berasingan;
  3. Pertambahan nama ahli kumpulan adalah tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penyertaan;
  4. Setiap penyertaan untuk Sektor Teknologi Hijau dan Alam Sekitar / Karya Lestari / Milenial dan Permata Cilik mestilah asli dan tidak pernah menyertai pertandingan AHIN bagi sektor yang sama;
  5. Setiap penyertaan mestilah dihantar pada atau sebelum tarikh tutup penyertaan. Penyerahan selepas tarikh tutup yang ditetapkan akan ditolak secara automatik;
  6. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan sekiranya tidak memenuhi syarat umum dan khusus bagi sektor yang disertai;
  7. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perbelanjaan, kerosakan dan kehilangan dokumen atau produk sebelum, semasa dan selepas penyertaan;
  8. Segala keputusan yang dibuat oleh penganjur dan panel juri adalah muktamad. Penganjur berhak untuk mengubah mana-mana terma, syarat dan peraturan anugerah/ pertandingan pada bila-bila masa dan akan memaklumkan kepada semua peserta akan perubahan berkenaan dalam tempoh masa yang bersesuaian menerusi laman web dan/ atau emel. Sebarang surat menyurat atau rayuan tidak akan dilayan;dan
  9. Selagi mana dibenarkan oleh peraturan anugerah/ pertandingan, apabila sesuatu hadiah itu diterima, setiap peserta secara automatik telah memberikan keizinan bahawa nama pemenang, fotograf, biografi dan seumpamanya yang telah diserah sedia untuk diterbit secara cetakan atau di laman web MyIPO oleh penganjur, atau penaja, atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh pihak penganjur bagi tujuan pengiklanan, pemasaran dan tujuan lain yang bermanfaat tanpa sebarang pampasan.

SEKTOR YANG DIPERTANDINGKAN

An intriguing caption that describes the room goes here. Use a flattering photo, then describe away!

An intriguing caption that describes the room goes here. Use a flattering photo, then describe away!

*Klik pada imej untuk penyertaan

PERINGKAT NASIONAL

PERINGKAT ZON

  1. Penyertaan terbuka kepada pelajar Institusi Kemahiran dan setaraf di Malaysia;
  2. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan tidak melebihi tiga (3) orang pelajar;
  3. Reka cipta mestilah asli, menarik, kreatif serta memberi faedah kepada masyarakat atau negara;
  4. Reka cipta mempunyai nilai komersial;
  5. Reka cipta mestilah dalam bentuk produk siap atau prototaip yang menunjukkan fungsi reka cipta; dan
  6. Borang penyertaan dan video persembahan (dalam bentuk pendrive atau yang bersesuaian) wajib dihantar secara soft copy atau hard copy dan penyertaan akan ditolak sekiranya tidak menepati perkara di atas.

  1. Penyertaan terbuka kepada pelajar sekolah menengah (tingkatan 1-5) di Malaysia termasuk pelajar Kolej Vokasional (umur tidak melebihi 17 tahun);
  2. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan tidak melebihi tiga (3) orang pelajar;
  3. Reka cipta mestilah asli, menarik, kreatif serta memberi faedah kepada masyarakat atau negara;
  4. Reka cipta mempunyai nilai komersial;
  5. Reka cipta mestilah dalam bentuk produk siap atau prototaip yang menunjukkan fungsi reka cipta; dan
  6. Borang penyertaan dan video persembahan (dalam bentuk pendrive atau yang bersesuaian) wajib dihantar secara soft copy atau hard copy dan penyertaan akan ditolak sekiranya tidak menepati perkara di atas.

Klik disini

FORMAT PENYERTAAN